Sunday 26 October 2014

FB Ads Anda Kurang Sambutan?

FB Ads anda tiada sambutan ?
Semak 3 nombor ini.
.
Ia umpama kompas untuk panduan ketika sesat.
.
.
.
===
#1 - Jumlah klik.
===
.
Jika iklan anda sudah berjalan lama,
tapi jumlah klik masih rendah,
( CTR bawah 1%)
.
Itu petanda,
headline iklan anda tidak menarik.
.
Apa perlu dibaiki ?
Baiki Headline.
.
.
.
===
#2 - Jumlah SMS masuk
===
.
Jumlah SMS masuk rendah ?
( Tak sampai 1% daripada jumlah klik )
.
Itu petanda,
ada masalah di bahagian tawaran pada iklan.
.
Mereka klik, mereka baca, mereka 'blah'.
.
Sebab itu mereka tak SMS.
Tawaran anda kurang menarik.
.
Apa yang perlu dibaiki ?
Baiki tawaran.
.
.
.
===
#3 - Jumlah orang yang beli 
===
.
Jumlah pembeli rendah ?
( 10 orang SMS, seorang pun tak beli. )
.
Itu petanda,
pelanggan kurang senang dengan cara
anda 'close-sale'.
.
Apa yang perlu dibaiki ?
Baiki ayat close-sale.
.
.
.
===
Bagaimana menulis headline yang menarik perhatian prospek ?
.
Bagaimana menulis tawaran yang prospek rasa rugi kalau tak SMS ?
.
Bagaimana memperkemaskan ayat close-sale ?
===

Tuesday 7 October 2014

Makan gaji VS Berbisnes. Mana satu pilihan anda?

Makan gaji VS Berbisnes. Mana satu pilihan anda?

"Jika semua mahu berniaga, siapakah mahu makan gaji?"

Jawapan:

Berdasarkan maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, hanya 2.4% sahaja graduan yang memilih untuk menjadi usahawan
selepas keluar dari universiti.

Ini bermakna, hampir 98% graduan memilih untuk makan gaji selepas
tamat belajar.

Berdasarkan peratusan ini, berlaku lambakan serius di planet makan gaji sehinggakan pasaran kerja tidak dapat lagi menampung jumlah pencari kerja.

Ini belum diambil kira dengan kes graduan ijazah terpaksa menerima tawaran gaji diploma atau graduan diploma tepaksa menerima tawaran gaji SPM kerana pasaran tidak dapat menawarkan jumlah pekerjaan mencukupi
sesuai dengan taraf pendidikan mereka. 

Oleh itu soalan yang lebih wajar untuk ditanya ialah...

"Jika hampir semua mahu makan gaji, siapa pula mahu berniaga?"

Lebih ramai graduan tempatan memasuki planet usahawan, nescaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada pasaran kerja tanpa perlu bergantung kepada syarikat-syarikat kapitalis dari luar negara untuk menawarkan peluang itu kepada kita.