Wednesday 20 August 2014

Strategi UpSell

Kepakaran rakan cina kita yang berniaga adalah "UpSell".

Apa itu 'Upsell' ? Anda pergi kedai mahu tukar tayar yang biasa sahaja, maksud "biasa" bagi ramai adalah yang paling murah. Dia pun recommend apa yang anda mahukan, kemudian dia akan cadangkan anda untuk guna "kualiti baik sikit" dan "tambah duit sikit"..... Anda pun setuju. Anda end-up pilih yang tinggi sikit harganya.
...
Ketika tayar dipasang, dia panggil anda untuk tengok masalah absorber atau spring tayar dan nasihatkan anda tukar baru sebab ia tidak boleh pakai lama. Memang dia tidak salah, dia hanya menunjukkan masalah yang memang ada yang anda tidak perasan, anda pun setuju.

Tiba-tiba dia tunjukkan juga brek yang tiris dan betapa bahayanya brek anda. Anda dah penat, anda tanya tak boleb pakai lama lagi? Dia jawab, bolehlah tapi bahaya ma.... Anda pun tanya berapa harga, dia beri harga dan beri diskaun dan and pun setuju. Itu namanya UpSell.

Dan tengah anda duduk tunggu pomen siapkan semua, anda terdengar dia jerit, ini sports rim kualiti dari Jepun ada offer 50%. Anda pergi tengok rim tersebut dan tiba-tiba anda balik dengan tayar baru serta rim baru.

Itu namanya UpSell. Adakah anda seorang yang berniaga? Anda patut belajar UpSell. Anda tidak paksa orang membeli, anda just beritahu atau tunjukkan apa lagi yang boleh dibeli. Anda cuba nak add more value atau bantu lebih banyak pelanggan anda untuk dapatkan nilai yang lebih baik.


sumber:fb
Apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bermotokan 'Simpanan Hari Tua Anda' pun menulis begini di page FB rasmi mereka:

Apa tindakan tuan?
.
...
Saya cuma dapat membantu individu yang membantu dirinya sahaja.


Contact me for eTiQa takaful consultation.
Mohd Ezani B. Saini
email: mohdezanisaini@yahoo.com
call/sms/whatapps: 0163163292

TIADA SEBAB ANDA TAK BERNIAGA !

TIADA SEBAB ANDA TAK BERNIAGA !

Tahukah anda, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Nak rezeki lebih, berniagalah! Tak kisah lah berniaga part time ke, full ti...me ke..

Nak buat part time di internet, di facebook pun bleh. Seperti saya memulakan bisnes internet pada 6-7 tahun yang lalu. (ketika tu, jual produk ebook dan jalankan pemasaran affiliate serta blogging sikit-sikit). Saya buat part time...

Kini, masih ramai rakan-rakan saya jalankan bisnes internet part time saja. Ramai yang jana 4-5 angka sebulan. Ada Dokter, ada ahli farmasi, ada techinician, ada jurutera, dan sebagainya.
Nak tambah rezeki, BERNIAGA LAH..

Insyallah, anda berniaga dengan niat kerana ALLAH, jujur, anda akan memperolehi rezeki-NYA.

======================================
TIADA ALASAN UNTUK ANDA MULA BERNIAGA
=====================================
Ramai orang, mengadu, bising sebab pendapatan tak cukup. Minyak naik, semua orang bising. Harga barang naik, semua orang akan marah. Gerak mana-mana kena bayar tol, siapa tak hangin! (saya pun tak sokong kenaikan harga-harga barang/tol/minyak ni), tapi kita sendiri perlu cari jalan untuk menambahkan pendapatan, rezeki kita...BISING SAJA TAK SELESAIKAN MASALAH KITA!
Saya sering syorkan mereka yang ingin menambah pendapatan supaya memulakan PERNIAGAAN.
Akan tetapi..

Bila diajak berniaga, ada saja alasannya;
1) " AKU TAK RETI LAH..TAKDE PENGALAMAN "
2) " SORY BRO..WA TAKDE MASA NAK NIAGE"
3) " AKU DAH CUKUP DENGAN REZEKI YANG ADA. KALAU NIAGA, KAYA, AKU JADI SOMBONG, KEDEKUT PLAK"
4) " KAU BUAT DULU..KAU DAH BERJAYA, KAU AJAR AKU..AKU FOLLOW"
5) "TAKNAK LAH NIAGA! RISIKO TINGGI..HABIS DUIT AKU NANTI"
6) "ORANG NIAGA NI BANYAK TIPULAH!"
7) " MALASLAH AKU..NAK JUMPA-JUMPA, CAKAP-CAKAP DENGAN ORANG NI. (KERA SUMBING)

Hahaha. Bermacam-macam alasan. Alasan-alasan ini saya jumpa sejak 15 tahun lalu, yang mana saya dah terlibat dalam banyak bisnes seperti pasar malam, bisnes lelong kecil-kecilan, jual ayam goreng, xpo, niaga MLM, niaga nasi lemak dari bilik-ke -bilik di hostel, niaga rokok seludup di U (hohoho..kantoi), niaga tudung, dan berniaga di internet....
Bagi mereka yang seperti disebutkan di atas, apakata..

--> CUBA LIHAT PAKCIK DALAM VIDEO INI...

Ketika saya ronda-ronda di pasar minggu Kuala Besut, T'ganu, saya tertarik melihat pakcik yang memiliki KELAINAN UPAYA, di mana pakcik ni adalah seorang yang BUTA . Beliau BERNIAGA...
Berniaga tuala, sapu tangan...

Yang menariknya, beliau;
1) BERNIAGA SORANG-SORANG AJE...takde pembantu!
2) BOLEH KENAL DUIT YANG DITERIMA...DUIT NAK DIPULANGKAN
3) LAYANAN KEPADA PELANGGAN PUN BAIK.
4) MAMPU MENERANGKAN PRODUK KEPADA PELANGGAN..
5) MAMPU BERNIAGA DARI 8 PAGI KE 1 PETANG..lama tu!


Jika anda masih belum nak berniaga, tapi ada niat untuk tambahkan rezeki untuk diri dan keluarga, ANDA LIHAT PAKCIK INI DAHULU..

Segala kukurangan, kelemahan diketepikan untuk BERNIAGA. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berniaga...

--> JIKA PAKCIK NI BOLEH BERNIAGA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ?
Renung-renungkan....

Just sharing...

sumber:fb

Thursday 14 August 2014

Ambik stok barang di CHOW KITT, untuk...

Ambik stok barang di CHOW KITT, untuk...

Ambik stok barang di CHOW KITT, untuk pasaran offline, expo.

BARANGAN WANITA..

Bergabung dengan pakar jualan expo. Menuntut ilmu, pengalaman orang expo....

Antara objektif;

1) MENGKAJI TREND PEMBELIAN PELANGGAN MENGIKUT LOKASI GEOGRAFI. Boleh diimplement untuk pasaran online.

2) MENGENALPASTI PILIHAN DESIGN, WARNA YANG MENJADI PILIHAN PELANGGAN.

3) MENGKAJI KUASA MEMBELI PELANGGAN BERDASARKAN GEOGRAFI, DEMOGRAFI.

4) MENGENALPASTI AYAT-AYAT JUALAN/AYAT CLOSE SALES UNTUK WANITA.

5) MENGKAJI JANGKA HAYAT PRODUK MENGIKUT TREND SEMASA.

Data-data ini bakal digabungkan untuk pemasaran fb ads. 

Wednesday 13 August 2014

Kenali Pelabur

Secara umumnya ada 2 jenis pelabur baru.
1) Individu yang memang berduit
Individu ini ada pelbagai latar belakang. Selalunya usia mereka lebih berumur. Antara mereka yang termasuk dalam kategori ini adalah.
+ Golongan professional yang hanya menyimpan duit di bank.
+ Ibu-ibu yang baru sahaja kehilangan suami, dan suami pula meninggalkan sejumlah harta yang banyak.
+ Golongan wanita professional bekerjaya yang juga mempunyai suami yang bekerjaya.
Selalunya individu sebegini berusia lebih 35 tahun. Jadi mereka perlu mendapatkan bantuan profesional kerana masa tidak menyebelahi mereka. Takde masa nak cuba macam-macam.
2) Individu yang masih kurang duitnya
Mereka mempunyai kesedaran melabur dari muda. Dari zaman belajar, semasa belajar atau ketika baru sahaja memulakan kerjaya.
Namun mereka tidak mempunyai modal yang cukup di tangan.
Kelebihan individu dalam kelompok ini adalah mereka mempunyai masa untuk membuat style pelaburan Do-It-Yourself (DIY).
Bermodalkan RM 3,000 mereka dapat menjadikannya sebagai yuran persekolahan pelaburan dalam pelbagai bidang pelaburan sebelum menetapkan 1 bidang fokus.
.
Mengikut John Templeton:
"Masa yang paling sesuai melabur adalah ketika tuan ada duit,"
Tak perlu tunggu ekonomi jatuh. Tak perlu tunggu ekonomi naik. Tak perlu tunggu dah berkahwin. Tak perlu tunggu dapat anak. Apatah lagi tunggu esok nak pencen baru nak melabur.
Yang penting, simpan duit banyak-banyak, dan ambil sedikit dari simpanan untuk mula belajar melabur.
.
Sila klik link di bawah untuk membaca tips-tips menguruskan duit gaji setiap bulan seterusnya menyediakan simpanan untuk melabur:
sumber fb

Tuesday 12 August 2014

BERNIAGA TANPA HUTANG CARA MAT JENIN - BANK JUGA BENCI ARTIKEL INI.

BERNIAGA TANPA HUTANG CARA MAT JENIN - BANK JUGA BENCI ARTIKEL INI. 

Seperti kita tahu, Mat Jenin terkenal dengan angan-angannya sampaikan berangan kahwin puteri raja. Semasa nak peluk puteri raja tu dia terlepaskan pegangannya pada pokok dan terjatuh dari pokok itu. Ada yang kata dia mati, ada yang kata dia cedera tapi yang pasti...angan-angan mat jenin berjaya dimatikan dalam kalangan orang Melayu yang cukup selalu dicantas cita-citanya dengan bayangan "Angan-angan Mat Jenin".

Dari sepasang ayam diternak kemudian ayam bertelur serta menetas. Dari sepasang ayam menjadi sereban ayam. Mungkin jangkamasanya agak lama berbanding pinjam duit Tok Penghulu nak beli terus 1000 ekor ayam. Untuk dapat 1000 ekor ayam dari sepasang ayam mungkin makan masa 1 tahun. Namun, pengalaman itu buatkan kita kenal tentang ayam dari sikit sampai besar.

Dari ayam sereban itu, Jenin pergi beli sepasang kambing. Sekarang dari kambing sepasang sampailah jadi sereban. Dari kambing sereban itu Jenin pula luaskan perniagaan dengan sepasang lembu yang kemudian dibesarkan juga sehingga dapat lembu sekandang.

Semua itu, IDEA ASAS-nya ialah bermula dari kecil sehingga besar. Dan semasa yang kecil menjadi besar, hasilnya digunakan untuk dikembangkan lagi perniagaan dengan kembangan baru pula. Mari kita lihat konsep ini dengan cara yang lebih mudah...

Tak perlu jadi kaya untuk dapat modal berniaga. Semua syarikat-syarikat saya tidak menggunakan modal mula melebihi RM1000. Perniagaan pertama saya hanya RM90 modalnya. Hatta, AirAsia juga bijak kerana mereka menjual tiket sebelum mereka membeli kapal terbang.

Alasan orang tak berniaga kerana modal tiada. Ini semua bajet nak business semua dah ada siap duduk dalam bilik aircond macam dalam drama TV Melayu sembang juta-juta dan asal berjaya sikit dah panggil "Datuk". Mulakan hari ini dengan apa yang anda ada.

Cerita Mat Jenin itu betul...tapi hujungnya semasa dia jatuh pokok itu kita boleh ambil pelajaran dari 2 sudut. Yang pertama, bila dah kaya nanti...cabaran utamanya ialah WANITA. Jadi hati-hati dengan wanita yang anda jumpa semasa anda di "atas pokok" dan sentiasalah ingat wanita yang bersama anda semasa anda masih di "bawah pokok". Sebab itu business boleh tersungkur.

Dari sudut negatifnya, saya lihat...itu tidak lain untuk discourage ataupun melemahkan semangat usahawan-usahawan yang penuh dengan angan dan cita-cita. Bila nak berangan pun dah kena cantas, sampai bila angan-angan itu mampu jadi kenyataan.

Untuk permulaan perniagaan, jangan ambil pinjaman kewangan. Kita masih belum kenal lagi perniagaan tu akan berdayamaju ataupun tidak. Ramai yang meminjam pada mula itu kita panggil mendapat "EASY MONEY". Bila dapat wang mudah begitu...asalnya nak buat business RM100,000 buat pinjaman tapi nanti RM40,000 buat downpayment BMW dan bulan-bulan bayar RM3000. Kononnya itu juga keperluan business. Selebihnya RM60,000 pula baru nak dibuat niaga. Masa tu pula modal dah jadi kecil dan bayaran kepada bank tetap kena jalan setiap bulan samaada senang ataupun sesak.

Tidak sama orang yang dapat RM100,000 dengan menjual 100,000 bungkus nasi lemak berbanding RM100,000 yang dapat dari kertas kerja Rancangan Perniagaan yang dah bank luluskan. Sama macam kes dapat loteri RM100,000...selepas 1 minggu dah habis duit loteri tu. Kerana apa? Kerana itu WANG MUDAH. RM100,000 dari yang jual nasi lemak tu akan jadi RM1 Juta kerana dah faham rentak untuk jadikan RM1000 kepada RM100,000. Sementara yang ada RM100,000 pinjaman tu belum pernah berniaga dan selepas itu...RM100,000 pun boleh jadi habis. Memang tak semua macam itu, tapi saya berani katakan...KEBANYAKAN pemula perniagaan dengan dana pinjaman gagal pada perniagaan pertamanya.

Mulakan dari kecil, jangan cepat-cepat nak kaya. Mat Jenin tu dah betul kerana Mat Jenin tak pernah nak buat loan bank. Disebabkan loan bank juga nanti otak kita gusar memikirkan perniagaan yang kena dijalankan untuk bayar semula hutang. Hari-hari kita berniaga seperti dikejar AH LONG yang diiktiraf. Jika tak bayar nanti siaplah tunggu di court. Bila orang takut dengan Ah Long...nanti orang ini akan buat macam-macam perkara termasuk menipu dan rasuah asalkan boleh bayar balik ahlong yang dipinjam. Sebab itu Allah haramkan riba' dan dalam haji wida' nabi secara khusus menyatakan tentang haramnya riba'. Walaupun pendanaan pinjaman bank SECARA ISLAMIK, saya dengan yakin menyatakan ia sekadar seperti seekor babi yang najis dan haram tetapi disembelih secara Islam (mengadap kiblat, baca bismillah dan sembelih tanpa angkat pisau dll). Walaupun ada orang-orang alim berstatus PHD dalam bidang ekonomi dan kewangan yang menjadi panel syariahnya.

Tidak perlu jadi pakar ekonomi untuk bezakan yang mana lebih menindas dari yang mana. Yang lebih menindas itu pastinya bukan Islam walaupun mereka gunakan nama Islam.

Apapun, pinjaman untuk memulakan perniagaan bukanlah satu langkah bijak. Cuba dari RM1 anda semai sehingga menjadi RM10. Pasti anda mampu semai RM10 jadi RM100 dan RM100 jadi RM1000. Dari RM1000 disemai jadi RM100,000, 1 Juta 10 juta 100 juta dan seterusnya. Yang diperlukan ialah kesabaran. Mulakan dengan yang kecil, jika RM1 disemai tak menjadi RM10 maka kita belajar kesilapan itu bernilai RM1. Lalu kita laburkan RM1 yang berikutnya dan mungkin gagal juga. Sehingga anda menggunakan RM1 yang ke 4 tau ke-5 barulah mampu jana RM10. Yang pentingnya bukan RM10 itu tetapi kebolehan kita mentadbir strategi yang menjadikan RM1 itu menjadi RM10. Strategi sama juga digunakan untuk kembangan seterusnya...cuma skala sahaja berbeza.

Jika RM100,000 disemai untuk mengharap dapat RM1 Juta. Jika gagal, pelajaran kegagalan itu sangat mahal iaitu RM100,000. Masih kena bayar walaupun kita sudah tidak meniaga lagi.

Hidup berniaga sangat aman dan tenteram bila tiada hutang. Jika perlukan sangat modal lebih setelah dah nampak jalan nak meniaga...bukalah pintu untuk berkongsi. Akhirnya, lubang kubur kita pun tak boleh nak parking semua harta masuk dalamnya. Berkongsilah supaya legasi perniagaan itu berkesinambungan walaupun kita dah mati.

Memang bank tak suka artikel ini. Terutama Bank yang Islamik. Sekali lagi, bagaimana nak tahu sebuah bank itu Islamik atau tidak? Jika kita terasa tertindas melebihi bank konvensional...itu bermakna jelas ia bukan Islam. Ustaz-ustaz yang gajinya juga bank yang bayar, tak perlu cakap banyak. Dah pasti dia akan cakap HALAL kerana itu memang kerjanya untuk menghalalkan apa yang sebelumnya haram dengan pengubahan beberapa perkara furuk yang sangat teknikal. Jika tidak menguntungkan gila-gila, tak mungkin bank yang dimiliki orang bukan Islam pun beriya-iya buat Islamic Banking. Hujung tahun tengok...Islamic product LAGI UNTUNG!!

Sekian.

SAIFUL NANG
Model Usahahawan Mat Jenin

notakaki : Tahukah anda siapa yang cipta dan popularkan cerita Mat Jenin itu? Mereka mungkin tidak mahu pembacanya berimaginasi (Mat Saleh cakap "berangan") untuk maju ke hadapan.

Nota tambahan : Dalam komen ada yang tanya tentang Abdurrahman Auf buat pinjaman dari sahabat untuk berniaga. Dalam Quran sendiri ada sebut tentang imlak urusan tertangguh iaitu satu darinya ialah hutang juga. Di sini saya nak jelaskan, tidaklah salah nak meminjam tetapi tidaklah sampai melaksanakan riba'. Tiada penindasan yang menetapkan pemulangan wang semula melebihi apa yang sewajarnya. Semasa meminjam wang itu juga, Abdurrahman Auf telah mewakafkan diri dan hartanya kepada perjuangan nabi, bermakna tiada apa yang ada pada dirinya. Apabila ada keperluan untuk beliau berniaga bagi membangunkan dana berkelompok perjuangan Islam, maka beliau meminjam dana dari apa yang beliau sendiri ada hak di dalamnya (selepas itu dipanggil baitulmal). Jika pinjaman tidak menindas, saya juga akan buat pinjaman kerana itu akan mempercepatkan pembangunan perniagaan. Jika kita dah pandai jaga sepasang ayam sehingga jadi sereban, mengapa tidak kita mulakan dengan sereban ayam yang bertambah menjadi seladang.


sumber: FB Saiful Nang

eTiQa Takaful Mabrur - Complements Your Preparation for Hajj & Umrah

Mabrur is a Takaful Savings & Comprehensive Protection Plan that complements your preparation for Hajj & Umrah.

• Auto-register Tabung Haji account for free & auto-credit cash payment to your Tabung Haji account.
• Total fixed cash payment up to 123% of basic sum covered is payable.
• Comprehensive coverage with Badal Hajj & Ihsar benefits.
• Additional 100% of basic sum covered is payable in the event of accidental death in Makkah or Madinah.
• Hajj, Umrah & child guardian allowances.

Contact me for consultation.
Mohd Ezani B. Saini
email: mohdezanisaini@yahoo.com
call/sms/whatapps: 0163163292


Monday 11 August 2014

Tip Membeli Kereta Mahal


Dari ABS: Tip Membeli Kereta Mahal

Banyak peniaga Melayu menggunakan duit syarikat bagi membeli kereta mahal bagi kegunaan peribadinya.

Banyak orang menyangka kereta adalah aset bisnes. Mereka sangka dengan memandu kereta mahal, barulah orang percaya kita bisnesman yang berjaya, barulah mudah menjalankan bisnes, dan bisnes akan untung lebih banyak.

.

Sesuatu benda itu menjadi aset atau 'harta' syarikat hanya apabila benda itu mendatangkan duit.

Jika syarikat membeli kereta untuk disewakan, maka kereta itu mendatangkan duit, maka ia adalah aset. Ini berlaku kepada syarikat car rental umpamanya.

Apabila benda itu menyebabkan duit keluar, maka benda itu adalah liabiliti atau 'tanggungan' syarikat.

.

Aset adalah benda yang makin lama harganya makin naik. Sebagai contoh apabila syarikat membeli bangunan rumah kedai, harga bangunan itu makin hari makin naik. Jadi bangunan rumah kedai itu adalah aset syarikat. Hasilnya syarikat kita makin hari makin kaya.

.

Kereta adalah liabiliti apabila:

+ Kereta itu menyebabkan duit syarikat mengalir keluar. Makin hari duit syarikat makin berkurangan. Semakin lama usia kereta itu, semakin banyak duit syarikat yang mengalir keluar untuk kos menjaganya.

+ Nilai $$$ kereta itu makin hari makin turun.

[Terperangkap dalam Kelulusan Akademik]

[Terperangkap dalam Kelulusan Akademik]

by Ainon Mohd.

Orang Melayu sangat menyayangi ijazah mereka. Apabila anak mereka memiliki ijazah kejuruteraan, mereka menekan anak mereka supaya bekerja sebagai jurutera, atas alasan sayanglah kalau ijazah kejuruteraan itu tidak digunakan. Kata mereka, sia-sia sahaja belajar susah-susah sampai mendapat ijazah kejuruteraan, kalau ijazah itu tidak digunakan.
.
Ijazah, lain. Ilmu, lain.

Ijazah dilambangkan dengan sekeping kertas. Ilmu adalah apa yang ada di dalam kepala kita.

Jurutera yang tidak mahu menjadi jurutera memang seolah-olah dia telah mensia-siakan ijazah kejuruteraannya. Namun ilmu kejuruteraan yang dipelajarinya di universiti itu tetap dapat dimanfaatkan dalam bisnesnya!

Contoh: Puan Che'Pah Cutecakes memiliki ijazah dalam bidang senibina. Beliau sekarang menjalankan bises bakeri dan kedai kek. Apabila beliau membuat kek perkahwinan yang bertingkat-tingkat, beliau menggunakan ilmu senibinya bagi menghasilkan kek yang cantik, tinggi dan stabil binaannya.
.
Banyak orang muda Melayu juga sangat sayang ijazah mereka. Apabila mereka memulakan bisnes sendiri, mereka memilih bisnes berdasarkan kepandaian yang ada pada diri mereka.

Seandainya mereka memiliki ijazah undang-undang, mereka membuka firma guaman. Jika mereka memiliki ijazah kulinari, mereka membuka restoran. Jika mereka memiliki ijazah perubatan, mereka membuka klinik kesihatan.
.
Apabila kita memilih bisnes, pilih bisnes yang membolehkan kita menjadi kaya-raya. Bukan bisnes berdasarkan ijazah kita.

Seandainya ijazah kita membolehkan kita membuka bisnes yang dapat menjadikan kita kaya-raya, itu adalah bonus.

Penangan LAKSA!!!

Assalamualaikum..

Ni adalah entri pertama untuk 'Gula Garam Berniaga'. Mohon tunjuk ajar ya.

Hari ni dah 14 Syawal 1435H. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Walfaizin. Apabila dah beraya dikampung, warga kota pula akan beraya dibandar. Kebiasaanya mereka akan menghadiri rumah-rumah terbuka (open house) yang akan diadakan oleh jiran tetangga, kenalan & rakan sepejabat. Pasti tuan rumah akan menghidangkan juadah-juadah yang sedap. Antara menu yang popular ketika open house ni adalah masakan berasaskan mee, bihun & laksa. Jarang nak makan nasi ni. Tidak lupa juga yang bakar-bakar seperti satay, sosej & bermacam lagi.. Senang kata, hampir semuanya ada dan hampir setiap rumah, menunya akan sama.

Baru-baru ni, ada perasan di media sosial (facebook), bunga kantan tiba-tiba naik harga. BUNGA KANTAN NAIK HARGA??? Biar betul ni? Tanaman yang selama ni dipandang sepi oleh kebanyakkan isteri, sekarang ni mempunyai nilai harga yang begitu tinggi. WOW!!! Masyuk ni...

Saya pun terkena penangan laksa ni juga. Ketika dikampung pada permulaan Syawal, mama saya minta belikan bunga kantan. Katanya nak buat laksa untuk menjamu adik-beradik mama yang akan berkunjung ke rumah kami. Bermulalah pencarian BUNGA KANTAN ni.

Saya tinggal di kawasan kampung, Serkam Melaka. Pergi mencari disetiap kedai runcit (Wet) di kawasan Serkam. Tiada bunga kantan yang dijual. Habis. Ok la. Pergi ke IKS Pulai, pun tiada juga. Bergerak ke Pulai Pantai, tiada kedai runcit (Wet) ni. Berpindah pula ke Serkam Pantai, pun tiada juga. Emm mana nak cari ni. Plan dengan adik, kita ke Kg Sempang Pantai, kot-kot ada ke. Sampai ke Kg Sempang, kedai tidak buka. Mungkin tauke masih beraya lagi ni kata adik aku. Kami memandu ke pekan Merlimau pula. Destinasi pertama, pasaraya Sejati. Tengok setiap bakul yang ada sayur, emm hampeh. TIADA. Kemudian kami bergerak ke warung depan Balai Bomba. Dengan rasa malasnya, saya cuma tengok dari dalam kereta sahaja sebab dengan melihat dari luar sahaja pun, dah tau warung ni mesti kehabisan bunga kantan. Indicator nya, pada kebiasaanya, para kat warung tu penuh dengan sayur-sayur, buah pisang, kelapa. Ni yang tinggal cuma buah kelapa je. Seterusnya, aku ke pasar basah Merlimau. Tempat penduduk membeli barang-barang basah. Ada 6 kedai sayur kat pasar tu, satu pun tiada jual bunga kantan. WOW!!! Biar betul penangan laksa ni. Bincang dengan adik, kita pergi ke tempat yang terakhir sekali, iaitu pasaraya Fresco. Jika tiada, kita pulang. Maka betul jangkaan aku, TIADA BUNGA KANTAN ni.. Hebat betul penangan laksa di musim Raya ni. Pulang dengan tangan kosong, cerita kat mama apa yang berlaku. Mama kata, tak apa jika tiada bunga kantan tu. Fuuhhh nasib baik mama kata tak apa.

Apabila pulang ke kota, aku membuka media sosial & ada orang upload gambar bunga kantan ni. Sungguh tak percaya betul dengan harganya. Ini baru betul pengangan laksa!!!