Tuesday 5 January 2016

LIMA TIPS FACEBOOK BISNES

LIMA TIPS FACEBOOK BISNES

Semalam saya meninjau banyak Facebook sahabat-sahabat yang berbisnes. Ini cadangan penambahbaikan:

1. Elok pisahkan Facebook peribadi dan bisnes kerana apa yang anda tulis sebagai "peribadi" itu ditanggapi sebagai nilai bisnes. Contoh, apabila anda menulis mengenai anak tak pergi sekolah, orang kaitkan "malas" dengan bisnes anda.

2. Elakkan menulis isu politik dalam Facebook bisnes. Orang kita belum cukup matang untuk berlapang dada dan berbeza pendapat dalam isu politik. Apabila anda berbuat begitu, pelanggan yang berlainan pegangan politik akan lari.

3. Gunakan ejaan dan tatabahasa yang betul. Orang yang menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul dilihat sebagai lebih professional, pandai dan bersungguh-sungguh.

4. Sebelum upload gambar ke Facebook. Edit dulu. Pastikan ia kelihatan terang. Crop dan buang bahagian yang tak elok. Sebaik-baik gambar untuk media sosial ialah segi empat sama (square).

5. Usah merungut dengan pelanggan di Facebook. Walaubagaimana anda tak suka sekali pun, usah hamburkan di khalayak ramai. Cari tempat lain untuk lepaskan perasaan.

Sumber FB

Sunday 13 December 2015

Saya Takut Untuk Berhenti Kerja

Soalan:
Saya sudah bulat hati untuk berhenti kerja. Saya sudah lama mengusahakan perniagaan secara sambilan. Syukur, pulangannya baik setakat ini.
Saya jangka untuk enam hingga 12 bulan akan datang ianya masih baik berdasarkan permintaan dan tempahan yang diterima.
Untuk pengetahuan tuan, saya telah membuat simpanan, membuat perlindungan takaful untuk diri dan keluarga. Tetapi hati saya sangat takut.
Saya tidak berani lagi untuk menyerahkan surat berhenti kerja yang sudah saya siapkan ini. Apa lagi tuan yang perlu saya sediakan?
Jawapan:
Keusahawanan memang bukan untuk semua orang.
Ianya dunia misteri macam hutan belantara yang gelap gelita.
Orang bisnes sahaja faham perkara ini.
Mungkin tuan boleh pertimbangkan perkara berikut :
  1. Teruskan sahaja bekerja dan membuat bisnes secara sambilan yang berkenaan. Tuan sudah ada dua pendapatan yang baik. Dengan tuan bekerja, tuan senang hati dan tidak tertekan lagi.
  2. Dengan pendapatan tuan yang berganda itu, belajar buat pelaburan. Kelak tuan punya pendapatan aktif dan pasif yang kukuh. Orang kita kata, buat harta.
  3. Jika tuan tetap juga hendak berhenti kerja, tuan siapkan jawapan yang mantap berkenaan soalan ini, MENGAPA sebenarnya tuan mahu berhenti kerja? Jawapan soalan itu adalah harapan.
  4. Harapan adalah ubat ketakutan. Tulis dan kongsikan kepada seseorang yang rapat dengan tuan.
  5. Tuan luangkan banyak masa dengan 'social circle' yang baru. 'Circle' makan gaji tuan tidak banyak membantu menambah keyakinan tuan untuk bertindak.
  6. Tuan sudah ada simpanan, sudah ada perlindungan.
    Andaian saya tuan juga telah mengurus semua tanggungjawab dan hutang dengan baik.
    Tuan juga telah faham selok belok bidang yang tuan berniaga dengan agak lama.
    Dapatkan sokongan keluarga.
    Berhenti dan tawakal. Buat bisnes betul-betul!
  7. Masih lagi ragu? Tuan berhenti di langkah pertama dan kedua sahaja, bekerja sahajalah.
    Bisnes memang bukan untuk semua orang. Tuan masih boleh bebas kewangan dengan bekerja.
    Percayalah. Jalan terus!
  8. Sumber The Vocket

Penangan Anis Moist Chocolate Cake

[ 3 DIALOG APPROACH OUTLET PALING BERKESAN - PART 1]
Hari ni saya nak share tentang dialog untuk approach outlet yang paling berkesan. Ada 3 jenis dialog yang akan saya kongsikan di sini. Ok jom kita lihat dialog pertama seperti di bawah:
Saya: Assalamualaikum tuan.
Owner : Waalaikumussalam ye ada apa?
Saya: Saya berminat untuk meletakkan produk IKS di kedai ini, dengan siapa ya saya boleh berurusan?
Owner: Saya owner kedai ni, produk ape tu ya?
Saya: Saya perkenalkan diri saya. Nama saya Fatah dan merupakan pengedar berdaftar untuk produk Anis Choc Moist Cake.
Owner: Sorry, apa benda tu ye? Saya tak pernah dengar sebelum ni. Produk baru ke tu?
Saya: Kek coklat tuan, yang sekarang ni banyak terdapat di pasaran seperti stesen Petronas terpilih dan juga Hypermarket. Kek coklat Anis ni dah berada hampir 10 tahun dalam pasaran Malaysia.
Owner: Owh yeke. Kenapa saya tak pernah tahu sebelum ni. Rupanya macam mana tu?
Saya: Rupanya macam ni tuan (sambil menghulurkan sample sebekas kek coklat kepada owner). Bekasnya berbentuk Love dan berat sebekas ni 100 gram. Yang kek ni, tuan jemput makanlah ye, boleh rasa terus. Dalam tu kita ada sediakan sudu untuk memudahkan customer makan.
Owner: Hmmmmmmmm (sambil berfikir nak bagi kebenaran letak ke tak)
Saya: Macam ni tuan, jika tuan tak berapa confident dengan produk kek coklat ni, apa kata kita cuba letak dulu produk ni di kedai tuan selama sebulan. So far, kita dah letakkan di outlet outlet lain, Alhamdulillah memang ada jualan walaupun pada minggu yang pertama. Dan makin lama jualan kek coklat ini makin memberangsangkan.
Owner: Awak sure ke ni? Sebelum ni, dah ramai jugak pengedar produk lain cakap barang mereka boleh jalan, tapi tak berapa jalan pon saya tengok.
Saya: Ok, untuk pengetahuan tuan, saya dah masukkan kek coklat ni ke lebih 40 outlet di sekitar Lembah Klang dan Alhamdulillah kek coklat ni memang ramai peminatnya. Jualan di setiap outlet yang saya dah masuk setakat ni Alhamdulillah memberangsangkan.
Owner: Ok lah kalau gitu. Cuma saya nak tanya 1 perkara, nanti kalau tak habis stok kek tu macam mane pulak? Saya kena tanggung ke apa?
Saya: Tak mengapa tuan, jika tak habis kita tanggung semuanya. Kita guna kaedah consignment tuan. Letak dulu produk, dah dekat habis produk tu baru bayar pada minggu yang seterusnya waktu saya bawa stok kek yang second badge.
Owner: Hmm ok lah kalau macam tu, cuba lah letak dulu. Tapi ni harga tolak berapa ni? Harga jual pulak berapa?
Saya: Harga tolak ke outlet ialah RM 4.50 sebekas dan harga jualan yang dicadangkan ialah sekitar RM 5.50 ke RM 6 sebekas.
Owner: Ok lah camtu, so ketahanan dia pulak macam mana? Bila expired?
Saya: Kek coklat ni, jika di suhu bilik, boleh tahan sekitar 7 hari, jika di chiller boleh tahan dalam sebulan.
Owner: Owh ok. So nanti, u try lah letak di kaunter bayaran ni dulu. Kita tengok ok ke tak.
Saya: Baik, terima kasih tuan. Untuk bab marketing, saya dan team Anis Choc Moist Cake akan always marketkan produk di kedai tuan ini dan medium utama kami ialah online marketing di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Owner: Ok lah kalau gitu, so nanti boleh bawak lah stok kek tu ye.
Saya: Baik, terima kasih banyak banyak ya tuan.
Owner: Sama sama. Jika saya tiada, boleh berurusan terus dengan supervisor saya sebab saya ni tak hari hari ada kat kedai ni.
Saya: Ok baik tuan, boleh saya ambil nombor telefon tuan untuk memudahkan saya hubungi tuan nanti.
Owner: Ok, ni nombor saya ya, 012-3456789. Nama saya Syed Johan. Panggil S.J je
Saya: Baik tuan S.J, ni bisnes kad saya. Apa apa sebelum datang, saya inform tuan ya. Terim kasih tuan S.J.
Owner: Ok, baik. Sama sama.
Saya: Assalamualaikum tuan.
Owner: Waalaikumussalam.
So, inilah dialog pertama untuk approach outlet dan so far berkesan pada saya kerana saya dah pon gunakan.
Tunggu pula dialog kedua dan ketiga yang mana bos kedai tiada dan perlu berurusan dengan staf kedai sahaja. 

Friday 24 April 2015

10 Kesilapan Marketing di FB

10 Tip Facebook Ads daripada Mark Zuckerberg. No. 10 ramai salah buat.

Sebenarnya, kita mempunyai alternatif lain yang terbukti berkesan selain masuk seminar, coaching dan sewaktu dengannya untuk belajar pemasaran di Facebook.

Saya tidak menyatakan seminar dan majlis ilmu itu tidak bagus.

Alternatif yang saya maksudkan itu adalah: Belajar daripada sistem Facebook itu sendiri.

===
10 Tip Facebook Ads daripada Mark Zuckerberg. No. 10 ramai salah buat.
===

Pada bahagian Facebook Ads Help Center, mereka telah memberikan 10 cara untuk menghasilkan iklan yang disukai oleh Facebook dan juga pengguna laman sosial mereka.

===
TIP 1: Gunakan elemen manusia dalam iklan.
===

Jangan sekadar tunjuk gambar produk.

Tunjuk gambar orang yang gunakan produk atau servis kita. Iklan kita dipaparkan di News Feed. Justeru itu, ia perlu nampak hidup dan mempunyai elemen-elemen "manusia".

===
TIP 2: Faham dan akur pada pada polisi pengiklanan Facebook.
===

Polisi terkini pengiklanan di Facebook hanya mengizinkan 20% teks sahaja pada gambar iklan.

Pastikan kita guna teknologi yang Facebook berikan secara percuma, untuk tahu samada gambar iklan kita melanggar polisi mereka atau sebaliknya.

Boleh guna teknologi itu secara percuma di sini -->>https://facebook.com/ads/tools/text_overlay

===
TIP 3: Ketepikan ayat iklan yang tidak produktif.
===

Polisi 20% teks ini membantu kita untuk fokus menulis mesej yang penting pada gambar iklan. Jadi, gunakan sebaiknya.

Buang ayat yang tidak berkaitan. Fokus pada apa yang kita mahu sampaikan kepada pelanggan.

===
TIP 4: Apa ayat yang bagus untuk iklan? Ada 3.
===

Pasukan pengiklanan Facebook juga turut menyumbang idea teks yang sesuai ditulis pada iklan.

Gunakan elemen seperti (1) soalan, (2) arahan atau (3) fakta. Sebagai contoh,

+ Puan mahu rambut yang cantik?

+ Syampu terbaik berdasarkan undian majalah X.

===
TIP 5: Pilih gambar yang berkaitan dengan mesej iklan.
===

Guna imej yang terang dan jelas. Dalam bahasa teknikalnya, "Resolusi tinggi (High resolutions)."

Gunakan juga imej yang berkait rapat dengan objektif iklan. Imej yang merepek dan tidak kena dengan objektif iklan akan membantutkan kejayaan bisnes.

===
TIP 6: Pastikan iklan kita nampak "hidup."
===

Setiap gambar yang kita gunakan, pastikan ia melambangkan personaliti jenama bisnes.

Boleh rujuk cara Redbull menggunakan Facebook Ads.

===
TIP 7: Jawab soalan ini sebelum hasilkan iklan.
===

Hasilkan mesej iklan yang ringkas, tetapi padat dan mudah faham.

Jawab soalan ini,

"Jika kita sedang memandu pada 60 kilometer dan terlihat iklan ini, adakah kita akan faham mesej yang cuba disampaikan."

===
TIP 8: Ingat formula ini supaya iklan kita ramai pembeli.
===

Tunjukkan manfaat yang pelanggan boleh dapat apabila menggunakan produk.

"People buy results."

Manusia membeli hasil yang mereka mahu. Bukan produk yang kita beritahu.

===
TIP 9: Jangan lebih 90 patah perkataan.
===

Pastikan teks kita tidak melebihi 90 patah perkataan. Supaya ia memudahkan pelanggan untuk baca. Khususnya mereka yang melihat iklan kita menggunakan skrin yang kecil (smartphone, tablet).

===
TIP 10: 1 Iklan untuk 1 pelanggan sahaja.
===

Paling penting, padankan mesej iklan kita kepada 1 sasaran pelanggan sahaja.

Jika kita mahu paparkan iklan pada 2 sasaran pelanggan yang berbeza, gunakan Facebook Ads untuk mengasingkan mesej dan gambar.

===
Kesilapan majoriti pengguna Facebook Ads? Ini dia...
===

Tip nombor 10 adalah tip paling epik. Iaitu tip yang jarang dipraktikkan oleh majoriti pengguna Facebook Ads.

Ramai yang menggunakan pendekatan peluru tabur. 1 iklan untuk semua orang. Facebook sendiri sarankan supaya setiap iklan berbeza untuk setiap sasaran pelanggan.

Tidak semua pelanggan mahu 1 mesej iklan yang sama. Lain pelanggan, lain seleranya.

Thursday 22 January 2015

Tips Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum..

Moga dipermudahkan semua urusan oleh Allah s.w.t.


Monday 19 January 2015

10 Langkah Menjadi Jutawan Sebelum Umur 30 Tahun

maxresdefault
Post kali ini diambil dari tips-tips yang telah ditulis oleh Grant Cardone di website Entreprenuer.com  . Beliau adalah seorang jutawan, pakar motivasi, penulis dan juga merupakan seorang pakar jualan antarabangsa .

Pada umur 21 tahun, beliau baru sahaja tamat belajar di kolej dan berada dalam keadaan pokai serta banyak hutang. Namun, pada umur 30 tahun, beliau telah berjaya menjadi jutawan.

Berikut 10 langkah dan nasihat beliau kepada sesiapa yang mahu menjadi jutawan sebelum umur 30 tahun (atau kurang dalam masa 10 tahun).

1. Tambah Pendapatan

Dalam ekonomi dunia hari ini, anda tidak lagi boleh sekadar berjimat-cermat untuk menjadi jutawan. Tetapi , langkah pertama yang perlu anda lakukan dan fokus adalah kepada menambah pendapatan. Selalu tambah dan naikan pendapatan anda dan ulangi ia berulang-ulangkali. Pendapatan saya pada mulanya hanya $3,000 sebulan dan 9 tahun selepas itu, pendapatan saya ialah $20,000 sebulan.

2. Jangan Menunjuk-nunjuk, Tetapi Tunjukkan Diri Anda.

Saya tidak membeli sebarang jam atau kereta mewah, sehinggalah pendapatan saya benar-benar stabil dan datang dari pelbagai sumber. Saya masih lagi menaiki Toyota Camry walaupun saya sudah bergelar jutawan. Jadikan diri anda terkenal disebabkan oleh etika kerja anda dan bukannya disebabkan barang-barang mewah yang anda beli.

3. Simpan Untuk Melabur, Bukan Simpan Untuk Keselamatan.

Satu-satunya sebab anda perlu berjimat dan menyimpan wang anda adalah sebab mahu melabur. Simpan wang anda di dalam akaun yang selamat dan di tidak boleh anda sentuh. Jangan gunakan wang di dalam akaun ini untuk apa-apa pun, termasuk untuk perkara-perkara kecemasan. Ini akan memaksa anda terus melakukan tips no 1 diatas. Setiap 2 kali setahun, saya akan keluarkan lebihan simpanan saya itu dan melabur ke pelaburan-pelaburan yang saya tidak boleh usik atau keluarkan.

4. Elakkan Hutang Yang Tidak Membayar Anda.

Jadikan ia satu peraturan. Jangan berhutang kepada sesuatu yang tidak mempu menjana dan memberikan anda pulangan wang. Saya hanya meminjam duit untuk membeli kereta kerana saya tahu ianya boleh membantu saya meningkatkan pendapatan saya. Orang kaya akan menggunakan hutang untuk menambahkan kekayaan  diri mereka. Manakala , orang miskin berhutang untuk menjadikan orang kaya terus kaya.

5. Layan Wang Seperti Kekasih Yang Kuat Cemburu.

Ramai orang inginkan kebebasan kewangan, tetapi hanya mereka yang betul-betul mengutamakannya sahaja yang berjaya menjadi jutawan. Untuk menjadi kaya dan kekal kaya, anda perlu meletakkan ia sebagai perkara yang utama dalam hidup anda. Wang adalah seperti kekasih yang kuat cemburu dan sentiasa inginkan perhatian. Jika anda abaikan mereka, maka mereka akan abaikan anda. Lebih teruk lagi, mereka akan meninggalkan anda dan pergi kepada orang-orang yang mengutamakan mereka dan melayan mereka dengan baik.

6. Wang Tidak Pernah Tidur

Wang tidak tahu tentang jam, jadual bekerja, hari cuti dan sebagainya, oleh itu anda juga perlu begitu. Wang suka kepada orang yang mempunyai cara kerja yang hebat. Ketika saya berumur 26 tahun, saya bekerja di kedai runcit, dan kedai tersebut tutup pada pukul 7 malam, tetapi selalunya, anda masih boleh menjumpai saya di kedai tersebut pada pukul 11 malam dan sedang membuat jualan tambahan. Saya tidak perlu  menjadi orang yang lebih bijak atau lebih bernasib baik, saya hanya perlu pastikan saya bekerja lebih kuat dari orang lain.

7. Miskin Bukan Satu Pilihan.

Saya pernah menjadi miskin dan ianya sangat teruk. Hapuskan sebarang pemikiran yang mengatakan menjadi miskin adalah sesuatu yang OK. Bill Gates pernah berkata.. “Jika anda lahir dalam keadaan miskin, ia bukan salah anda. Tetapi, jika anda mati dalam keadaan miskin, ia memang salah anda”.

8. Dapatkan Mentor Jutawan

Kebanyakkan kita lahir dari keluarga pertengahan ataupun miskin, tetapi jangan hadkan diri anda untuk berada dalam kelompok tersebut sahaja. Saya telah mengkaji para jutawan tentang apa yang mereka lakukan dan apa yang boleh dicontohi. Kebanyakkan orang kaya adalah sangat baik dan pemurah dengan ilmu dan sumber mereka. Jadi, dapatkan seorang mentor jutawan untuk diri anda dan kaji mereka.

9. Paksa Wang Anda Lakukan Kerja-kerja Berat

Pelaburan adalah merupakan cara yang terbaik untuk menjadikan anda jutawan dan anda perlu pastikan anda buat lebih banyak wang menerusi pelaburan berbanding dari pekerjaan anda. Jangan sesekali melabur jika anda tidak mempunyai wang simpanan lebihan. Syarikat kedua yang saya mulakan, memerlukan saya melabur sebanyak $50,000. Namun, syarikat tersebut membayar saya semula sebanyak $50,000 pada setiap bulan sejak 10 tahun yang lalu. Pelaburan ketiga saya adalah di dalam bidang hartanah dimana saya memulakannya dengan $350,000.  Ianya merupakan sebahagian besar nilai bersih saya pada waktu itu. Hari ini, saya masih memiliki hartanah tersebut dan ianya masih memberikan saya pulangan pendapatan.

10. Sasarkan $10 juta, Bukan $1 juta.

Satu kesilapan kewangan yang saya lakukan sebelum ini ialah, saya tidak berfikir dengan cukup besar. Oleh itu, saya galakkan anda berusaha dan mensasarkan wang lebih dari 1 juta. Tiada sebarang keterbatasan wang di dalam dunia ini, yang ada hanyalah keterbatasan pemikiran manusia untuk berfikir dengan lebih besar.

Amalkan 10 tips ini dan anda pasti akan menjadi kaya. Jauhi skim cepat kaya, jangan berputus asa, lakukan ia dengan beretika dan apabila anda sudah berjaya mencapainya, bantulah orang lain untuk turut mencapainya.


Read more: http://www.wangcyber.com/10-langkah-menjadi-jutawan-sebelum-umur-30-tahun/#ixzz3PG7erUAU

Wednesday 19 November 2014

Nabi Muhammad Adalah Pakar Kewangan yang Terbaik.

Nabi Muhammad Adalah Pakar Kewangan yang Terbaik.

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Wallahu’alam..

Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.