Friday, 24 April 2015

10 Kesilapan Marketing di FB

10 Tip Facebook Ads daripada Mark Zuckerberg. No. 10 ramai salah buat.

Sebenarnya, kita mempunyai alternatif lain yang terbukti berkesan selain masuk seminar, coaching dan sewaktu dengannya untuk belajar pemasaran di Facebook.

Saya tidak menyatakan seminar dan majlis ilmu itu tidak bagus.

Alternatif yang saya maksudkan itu adalah: Belajar daripada sistem Facebook itu sendiri.

===
10 Tip Facebook Ads daripada Mark Zuckerberg. No. 10 ramai salah buat.
===

Pada bahagian Facebook Ads Help Center, mereka telah memberikan 10 cara untuk menghasilkan iklan yang disukai oleh Facebook dan juga pengguna laman sosial mereka.

===
TIP 1: Gunakan elemen manusia dalam iklan.
===

Jangan sekadar tunjuk gambar produk.

Tunjuk gambar orang yang gunakan produk atau servis kita. Iklan kita dipaparkan di News Feed. Justeru itu, ia perlu nampak hidup dan mempunyai elemen-elemen "manusia".

===
TIP 2: Faham dan akur pada pada polisi pengiklanan Facebook.
===

Polisi terkini pengiklanan di Facebook hanya mengizinkan 20% teks sahaja pada gambar iklan.

Pastikan kita guna teknologi yang Facebook berikan secara percuma, untuk tahu samada gambar iklan kita melanggar polisi mereka atau sebaliknya.

Boleh guna teknologi itu secara percuma di sini -->>https://facebook.com/ads/tools/text_overlay

===
TIP 3: Ketepikan ayat iklan yang tidak produktif.
===

Polisi 20% teks ini membantu kita untuk fokus menulis mesej yang penting pada gambar iklan. Jadi, gunakan sebaiknya.

Buang ayat yang tidak berkaitan. Fokus pada apa yang kita mahu sampaikan kepada pelanggan.

===
TIP 4: Apa ayat yang bagus untuk iklan? Ada 3.
===

Pasukan pengiklanan Facebook juga turut menyumbang idea teks yang sesuai ditulis pada iklan.

Gunakan elemen seperti (1) soalan, (2) arahan atau (3) fakta. Sebagai contoh,

+ Puan mahu rambut yang cantik?

+ Syampu terbaik berdasarkan undian majalah X.

===
TIP 5: Pilih gambar yang berkaitan dengan mesej iklan.
===

Guna imej yang terang dan jelas. Dalam bahasa teknikalnya, "Resolusi tinggi (High resolutions)."

Gunakan juga imej yang berkait rapat dengan objektif iklan. Imej yang merepek dan tidak kena dengan objektif iklan akan membantutkan kejayaan bisnes.

===
TIP 6: Pastikan iklan kita nampak "hidup."
===

Setiap gambar yang kita gunakan, pastikan ia melambangkan personaliti jenama bisnes.

Boleh rujuk cara Redbull menggunakan Facebook Ads.

===
TIP 7: Jawab soalan ini sebelum hasilkan iklan.
===

Hasilkan mesej iklan yang ringkas, tetapi padat dan mudah faham.

Jawab soalan ini,

"Jika kita sedang memandu pada 60 kilometer dan terlihat iklan ini, adakah kita akan faham mesej yang cuba disampaikan."

===
TIP 8: Ingat formula ini supaya iklan kita ramai pembeli.
===

Tunjukkan manfaat yang pelanggan boleh dapat apabila menggunakan produk.

"People buy results."

Manusia membeli hasil yang mereka mahu. Bukan produk yang kita beritahu.

===
TIP 9: Jangan lebih 90 patah perkataan.
===

Pastikan teks kita tidak melebihi 90 patah perkataan. Supaya ia memudahkan pelanggan untuk baca. Khususnya mereka yang melihat iklan kita menggunakan skrin yang kecil (smartphone, tablet).

===
TIP 10: 1 Iklan untuk 1 pelanggan sahaja.
===

Paling penting, padankan mesej iklan kita kepada 1 sasaran pelanggan sahaja.

Jika kita mahu paparkan iklan pada 2 sasaran pelanggan yang berbeza, gunakan Facebook Ads untuk mengasingkan mesej dan gambar.

===
Kesilapan majoriti pengguna Facebook Ads? Ini dia...
===

Tip nombor 10 adalah tip paling epik. Iaitu tip yang jarang dipraktikkan oleh majoriti pengguna Facebook Ads.

Ramai yang menggunakan pendekatan peluru tabur. 1 iklan untuk semua orang. Facebook sendiri sarankan supaya setiap iklan berbeza untuk setiap sasaran pelanggan.

Tidak semua pelanggan mahu 1 mesej iklan yang sama. Lain pelanggan, lain seleranya.

No comments:

Post a Comment