Wednesday 19 November 2014

Nabi Muhammad Adalah Pakar Kewangan yang Terbaik.

Nabi Muhammad Adalah Pakar Kewangan yang Terbaik.

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Wallahu’alam..

Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Monday 17 November 2014

Sedutan Semanis Kurma bersama Dr Azizan Osman

♡ Sedutan Semanis Kurma bersama Dr Azizan Osman ♡

Topik: BANGKIT

PROSES KEHIDUPAN

- Proses bangkit tak semudah yg dikata. Ada orang ambil masa. Perlu kekuatan untuk bangkit.

- DAO pun banyak kali gagal ... SPM 2x.. lesen 2x ... bisnes pun pernah gagal ...pernah dikejar Ahlong ... pernah lelong rumah mak.

- Allah bagi ujian untuk kita rendahkn diri kepada Allah ... kembali bersujud pada Dia.

- Inspirasi DAO untuk berjaya:
Ibu umur 71 tahun

Seorang cina nasihatkan:

Perlu ada mentor - orang yang berjaya dlm bisnes ...
DAO cerita, selepas beliau dah berjaya, terleka seketika ... rumahtangga runtuh ... Kurang jaga hubungan dengan Allah ...

Solat
Tahajud
Dhuha

- Bangkit perlukan kekuatan dalaman ... Allah bagi kekuatan.

La haula wala kuwwa illa billah.

Doa DAO untuk mencari yang terbaik untuk dirinya selama 4 bulan - tahajud setiap malam.

1) Bisnes yang boleh berjaya dunia akhirat.
2) Bisnes untuk manfaat orang lain.. bagi kekayaan sebanyak mana pun tapi untuk manfaat orang lain.
3) Masa yang banyak - jaga diri.. amalan.. keluarga ... Ibu.
4) Nak mendekati Allah..

=====
Proses Kepompong Menjadi Rama-rama.
=====

Saintis pernah tolong pecahkan kepompong ... rama-rama keluar tapi tak dapat terbang ...

Rama-rama perlu pecahkan sendiri kepompong untuk activate kekuatan kepaknya untuk terbang.

- Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita
- Kejayaan mesti seimbang dunia akhirat

B.A.N.G.K.I.T

B - berani berhijrah
A - Attitude - orang berjaya ada sifat orang yang berjaya (mahmudah bukan mazmumah)
N - niat » mission, matlamat.
G- gigih - Untuk keep going.
K - komitmen.
I - ilmu.
T - taqwa.

7 aspek yang perlu seimbang:

1) Personal interest - spend time dengan diri. (main bola, memancing)
2) Spritual - hubungan dgn Allah.
3) Kesihatan.
4) Kewangan.
5) Kerjaya / perniagaan / tugasan.
6) Hubungan silaturrahim dengan orang lain - spend masa dgn ibu bapa akan dapat ketenangan.
7) Contribution.

=====
Segitiga 
=====

a) Thought.
b) Emotion.
c) Phisiology (bergerak).
Bila kita sedih (emosi), perlu bergerak ...

- Solat terjemahan hidup ... mengajar erti FOKUS.

- Hidup lebih hebat, cabaran pun akan lebih hebat.

- Pendapatan pilot yang bawak 200 penumpang tak sama dengan pemandu bas yang bawak 40 penumpang.

- Lagi besar tanggungjawab yang kita boleh bawa, lagi besar reward yang kita boleh dapat.

- Kalau sedang bersedih, tukar suasana dan pilih kawan yang betul - Jangan gesek biola.

- Baca surah Al-insyirah: "Setiap kesusahan pasti ada kesenangan" - Ulang selalu.

Selamat Beramal - insya-Allah