Wednesday 19 November 2014

Nabi Muhammad Adalah Pakar Kewangan yang Terbaik.

Nabi Muhammad Adalah Pakar Kewangan yang Terbaik.

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Wallahu’alam..

Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Monday 17 November 2014

Sedutan Semanis Kurma bersama Dr Azizan Osman

♡ Sedutan Semanis Kurma bersama Dr Azizan Osman ♡

Topik: BANGKIT

PROSES KEHIDUPAN

- Proses bangkit tak semudah yg dikata. Ada orang ambil masa. Perlu kekuatan untuk bangkit.

- DAO pun banyak kali gagal ... SPM 2x.. lesen 2x ... bisnes pun pernah gagal ...pernah dikejar Ahlong ... pernah lelong rumah mak.

- Allah bagi ujian untuk kita rendahkn diri kepada Allah ... kembali bersujud pada Dia.

- Inspirasi DAO untuk berjaya:
Ibu umur 71 tahun

Seorang cina nasihatkan:

Perlu ada mentor - orang yang berjaya dlm bisnes ...
DAO cerita, selepas beliau dah berjaya, terleka seketika ... rumahtangga runtuh ... Kurang jaga hubungan dengan Allah ...

Solat
Tahajud
Dhuha

- Bangkit perlukan kekuatan dalaman ... Allah bagi kekuatan.

La haula wala kuwwa illa billah.

Doa DAO untuk mencari yang terbaik untuk dirinya selama 4 bulan - tahajud setiap malam.

1) Bisnes yang boleh berjaya dunia akhirat.
2) Bisnes untuk manfaat orang lain.. bagi kekayaan sebanyak mana pun tapi untuk manfaat orang lain.
3) Masa yang banyak - jaga diri.. amalan.. keluarga ... Ibu.
4) Nak mendekati Allah..

=====
Proses Kepompong Menjadi Rama-rama.
=====

Saintis pernah tolong pecahkan kepompong ... rama-rama keluar tapi tak dapat terbang ...

Rama-rama perlu pecahkan sendiri kepompong untuk activate kekuatan kepaknya untuk terbang.

- Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita
- Kejayaan mesti seimbang dunia akhirat

B.A.N.G.K.I.T

B - berani berhijrah
A - Attitude - orang berjaya ada sifat orang yang berjaya (mahmudah bukan mazmumah)
N - niat » mission, matlamat.
G- gigih - Untuk keep going.
K - komitmen.
I - ilmu.
T - taqwa.

7 aspek yang perlu seimbang:

1) Personal interest - spend time dengan diri. (main bola, memancing)
2) Spritual - hubungan dgn Allah.
3) Kesihatan.
4) Kewangan.
5) Kerjaya / perniagaan / tugasan.
6) Hubungan silaturrahim dengan orang lain - spend masa dgn ibu bapa akan dapat ketenangan.
7) Contribution.

=====
Segitiga 
=====

a) Thought.
b) Emotion.
c) Phisiology (bergerak).
Bila kita sedih (emosi), perlu bergerak ...

- Solat terjemahan hidup ... mengajar erti FOKUS.

- Hidup lebih hebat, cabaran pun akan lebih hebat.

- Pendapatan pilot yang bawak 200 penumpang tak sama dengan pemandu bas yang bawak 40 penumpang.

- Lagi besar tanggungjawab yang kita boleh bawa, lagi besar reward yang kita boleh dapat.

- Kalau sedang bersedih, tukar suasana dan pilih kawan yang betul - Jangan gesek biola.

- Baca surah Al-insyirah: "Setiap kesusahan pasti ada kesenangan" - Ulang selalu.

Selamat Beramal - insya-Allah

Sunday 26 October 2014

FB Ads Anda Kurang Sambutan?

FB Ads anda tiada sambutan ?
Semak 3 nombor ini.
.
Ia umpama kompas untuk panduan ketika sesat.
.
.
.
===
#1 - Jumlah klik.
===
.
Jika iklan anda sudah berjalan lama,
tapi jumlah klik masih rendah,
( CTR bawah 1%)
.
Itu petanda,
headline iklan anda tidak menarik.
.
Apa perlu dibaiki ?
Baiki Headline.
.
.
.
===
#2 - Jumlah SMS masuk
===
.
Jumlah SMS masuk rendah ?
( Tak sampai 1% daripada jumlah klik )
.
Itu petanda,
ada masalah di bahagian tawaran pada iklan.
.
Mereka klik, mereka baca, mereka 'blah'.
.
Sebab itu mereka tak SMS.
Tawaran anda kurang menarik.
.
Apa yang perlu dibaiki ?
Baiki tawaran.
.
.
.
===
#3 - Jumlah orang yang beli 
===
.
Jumlah pembeli rendah ?
( 10 orang SMS, seorang pun tak beli. )
.
Itu petanda,
pelanggan kurang senang dengan cara
anda 'close-sale'.
.
Apa yang perlu dibaiki ?
Baiki ayat close-sale.
.
.
.
===
Bagaimana menulis headline yang menarik perhatian prospek ?
.
Bagaimana menulis tawaran yang prospek rasa rugi kalau tak SMS ?
.
Bagaimana memperkemaskan ayat close-sale ?
===

Tuesday 7 October 2014

Makan gaji VS Berbisnes. Mana satu pilihan anda?

Makan gaji VS Berbisnes. Mana satu pilihan anda?

"Jika semua mahu berniaga, siapakah mahu makan gaji?"

Jawapan:

Berdasarkan maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, hanya 2.4% sahaja graduan yang memilih untuk menjadi usahawan
selepas keluar dari universiti.

Ini bermakna, hampir 98% graduan memilih untuk makan gaji selepas
tamat belajar.

Berdasarkan peratusan ini, berlaku lambakan serius di planet makan gaji sehinggakan pasaran kerja tidak dapat lagi menampung jumlah pencari kerja.

Ini belum diambil kira dengan kes graduan ijazah terpaksa menerima tawaran gaji diploma atau graduan diploma tepaksa menerima tawaran gaji SPM kerana pasaran tidak dapat menawarkan jumlah pekerjaan mencukupi
sesuai dengan taraf pendidikan mereka. 

Oleh itu soalan yang lebih wajar untuk ditanya ialah...

"Jika hampir semua mahu makan gaji, siapa pula mahu berniaga?"

Lebih ramai graduan tempatan memasuki planet usahawan, nescaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada pasaran kerja tanpa perlu bergantung kepada syarikat-syarikat kapitalis dari luar negara untuk menawarkan peluang itu kepada kita. 

Monday 29 September 2014

Cara POWER Nak Tarik Fans Di FB

Ada 4 Cara...eh 5 Cara Power Nak Tarik Fans Kat FB

Semoga sihat walaafiat..Kali ni saya nak
kongsikan cara power dan efektif untuk
tarik fans ke page bisnes anda. 

Ada pelbagai cara kalau nak tarik fans
yang ramai untuk fanpage bisnes anda.
Tapi saya betul-betul nak anda follow
je ape yang saya bagitau ni.

========================================
#1 - Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia 
sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. 

Caranya sama ada anda menulis satu post 
khas mengenai Facebook Page anda, letak 
link FB Page di mana-mana bahagian blog, 
ataupun gunakan ‘widget’ yang disediakan 
oleh Facebook.

========================================
#2 - Youtube

Hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan 
dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu 
panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit 
sahaja. 

Pada bahagian ‘description’, letak link 
ke Facebook Page. Youtube adalah enjin carian 
kedua yang digunakan oleh pengguna Internet 
untuk mencari sesuatu maklumat.

Selalunya saya akan gunakan platform Screen-O-Matic 
untuk rakam video informasi ni. Setelah rakam, 
integratedkan video anda tu ke akaun Youtube anda.

========================================
#3 - FB Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan 
dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang 
banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans 
dalam masa sehari dua sahaja. 

Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? 
Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini 
adalah lebih targeted dan berjuta-juta rakyat 
Malaysia aktif menggunakan Facebook.

========================================
#4 - Advertorial atau Review

Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas 
oleh mana-mana blogger. Cari blog yang berkaitan 
dengan bisnes kita dan hubungi pemilik blog itu. 

Tanya mereka jumlah caj yang mereka kenakan untuk 
satu ulasan di blog mereka. Ulasan itu sama ada 
mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes kita.

Anda juga boleh cuba mesej kepada pemilik-pemilik 
fanpage yang mempunyai LIKE yang banyak dan 
tanyakan soalan tentang cas untuk iklankan fanpage 
anda kepada Fans mereka..

========================================
#5 - Cara yang terakhir yang tak patut saya dedahkan...

Ini yang terakhir,saya tak mampu nak sembunyikan
sesuatu yang berharga dan diperlukan oleh 
usahawan online seperti anda..Ini adalah cara
paling berkesan sekali setakat ini.

Sijil SPM Dikoyakkan Bapa

Berbual dengan boss Jeruk Pak Ali yang terkenal. Dia ceramah selepas saya ceramah di sebuah tempat.

Saya kata, saya teringin dan nak sangat duduk ceramah tuan. Tapi saya kena balik kl kerana ada ceramah ditempat lain. Mohon tuan beri 2 rahsia asbab Allah beri rezeki melimpah ruah kepada tuan ni..

Jawabnya sayangi dan taat mak ayah. Ayahnya Arwah pak Ali. Syukur ustaz, Allah izinkan saya khidmat saat dia sakit. Uruskan dia semasa sakit. Saya terlalu gembira dapat khidmat padanya..bersihkan dan semuanya..sehingga dia meninggal dunia..benarlah siapa khidmat mak ayah Allah akan beri balasan segera dalam dunia..mak ayah rezeki kita yang teramat besar. Mereka bukan beban tapi kemuliaan.

Kedua ustaz ayah saya ajar jangan bergantung pada sesiapa. Ayah saya pergi tanpa meninggalkan harta. Walaupun dia agak berada sebelum itu. Hartanya semua disedekahkan. Hartanya dijual dan kemudian disedekahkan. Boon siew kawan baiknya selalu nak beri saya pertolongan tapi saya tak pernah terima kerana ini amanat ayahnya...

Kedua selepas spm ayahnya koyakkan sijil spmnya..saya belajar di UPM ustaz. Universiti Pasar Malam. Saya tak belajar universiti ustaz. Saya kerja sendiri..usaha dari 0. Semua kerja Allah..

Ayah tuan koyakkan sijil spm? Dia kata jangan terfikir nak kerja kerajaan dan bergantung pada sesiapa...

Benarlah hidup ini kena bergantung pada Allah. Dalam hadis ceritakan sesiapa yanh ditimpa kesusahan dan tak ceritakan pada sesiapa, Allah akan cukupkan rezeki buatnya setahun..sesiapa suka meminta-minta dia dibangkitkan dalam keadaan wajah dia buruk..bagi orang yang diberikan rezeki kena suka bantu orang dan jangan sampai ada orang meminta-minta..

Takutkan Allah sumber segala kebijaksanaan. Niatlah untuk redha Allah. Niat dakwah, niat menolong orang. Kerana tidak perlu sesiapa sakitkan hati kita. Hanya dengan niat yang salah amat menyakitkan kita dan memusnahkan kehidupan kita. REDHA ALLAH tujuan hidup ini.

Sumber fb ebit lew

Monday 22 September 2014

ANAK MELAYU VS ANAK CINA

ANAK MELAYU VS ANAK CINA

Anak Melayu belajar dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh diwaris kepada anak

Anak Cina Triang tak pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket, umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.

Perbandingan di atas itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina. Tidaklah kita nak kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok "Diari Akademi" and all the lagho thing.

Anak Melayu berhibur pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.

Orang Melayu Raya, orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua kedai Cina tutup.

Saya bukan nak rasis. Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk dicontohi.

Umur 25 tahun Anak Cina ada RM20 Juta, anak Melayu hutang PTPTN RM20 Ribu

Belajar BERSUKATAN atau belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik. Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa?

SAIFUL NANG (https://www.facebook.com/snfanclub)
Pengamal Pendidikan Tanpa Sukatan.

p/s:klu saya share dr posting original konfem ramai yg tak baca.bila copy paste direct, Insha Allah ramai yg akan baca.Tahniah kerana anda baca sampai habis!

Tuesday 16 September 2014

Persediaan Berniaga Di Laman Sosial FB

===================
Saya Mahu Berniaga Di Facebook, Apa Perlu Buat?
===================

Terdapat banyak cara untuk berniaga di Facebook. Lain orang, lain caranya, lain tekniknya, lain pendekatannya, lain strategi yang perlu dilakukan.
.
Apa yang diperlukan ialah:
=================

1 - Ilmu.
2 - Pelan Pemasaran/Strategi.
3 - Mentor/komuniti usahawan FB.
.
=========
Tentang Ilmu
=========

Ilmu untuk berniaga di Facebook banyak dapat dipelajari samada melalui posting rakan2 bisnes, ebook, video tutorial dan juga artikel2 yang boleh dicari dalam internet.

Untuk mendapatkan semua bahan2 ini, kita perlu mengambil banyak masa dan juga perlu mengeluarkan belanja bagi membeli panduan2 bisnes di Facebook.
.
===========
Pelan Pemasaran/Strategi
==========

Ilmu sahaja tidak cukup. Kita perlu mempunyai rancangan yang jelas dan strategi yang terancang untuk memastikan kejayaan. Antara cara yang boleh kita lakukan bagi mengkaji samada strategi atau pelan pemasaran yang kita lakukan itu efektif atau tidak, kita perlu melakukan uji cuba (try and error) berkali-kali.
.
===========
Mentor/Komuniti usahwan FB
==========

Kita juga memerlukan mentor dan komuniti yang betul untuk bertanya, berkongsi pendapat dan mendapatkan percambahan idea baru dari mentor atau rakan2 yang lain.
Jika kita bergerak seorang diri, sukar untuk kita berjaya dan kita mungkin akan kerugian banyak masa dan wang.
.
===========
Dapatkan 3 Perkara Di Atas Sekaligus!
===========

Anda boleh dapatkan semua 3 faktor di atas dalam satu tempat sahaja.

+ Boleh dapatkan ilmu dari ebook, video, artikel dan post.
+ Boleh belajar strategi dan pelan pemasaran yang telah terbukti efektif.
+ Boleh bertemu mentor dan rakan2 usahawan yang sama2 berniaga di FB untuk berkongsi pendapat dan pandangan.

Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal & Tanpa Produk Sendiri

Mahu bina pendapatan sampingan?
Mahu tahu cara buat duit tanpa modal?
Mahu dapat bimbingan langkah demi langkah untuk buat jualan?

Teruskan membaca...

Bunyi macam cerita dongeng. Tapi ini bukan temberang.

Cara paling mudah buat duit TANPA MODAL, TANPA SUSAH PAYAH dan TANPA PRODUK SENDIRI ialah: buat dropship.

===========
Dropship ialah:
===========

1. Anda promo produk.

2. Pelanggan bayar anda harga runcit.

3. Anda bayar kepada HQ dengan harga ejen. Anda beri butir pelanggan.

4. HQ akan buat semua kerja pembungkusan dan pengelolaan.

5. Untung anda = harga runcit - harga ejen.

Kos yang anda perlukan ialah kos marketing saja.

Kalau sertai program saya, saya akan ajar bagaimana untuk PROMO PRODUK TANPA KOS IKLAN.