Monday, 29 September 2014

Sijil SPM Dikoyakkan Bapa

Berbual dengan boss Jeruk Pak Ali yang terkenal. Dia ceramah selepas saya ceramah di sebuah tempat.

Saya kata, saya teringin dan nak sangat duduk ceramah tuan. Tapi saya kena balik kl kerana ada ceramah ditempat lain. Mohon tuan beri 2 rahsia asbab Allah beri rezeki melimpah ruah kepada tuan ni..

Jawabnya sayangi dan taat mak ayah. Ayahnya Arwah pak Ali. Syukur ustaz, Allah izinkan saya khidmat saat dia sakit. Uruskan dia semasa sakit. Saya terlalu gembira dapat khidmat padanya..bersihkan dan semuanya..sehingga dia meninggal dunia..benarlah siapa khidmat mak ayah Allah akan beri balasan segera dalam dunia..mak ayah rezeki kita yang teramat besar. Mereka bukan beban tapi kemuliaan.

Kedua ustaz ayah saya ajar jangan bergantung pada sesiapa. Ayah saya pergi tanpa meninggalkan harta. Walaupun dia agak berada sebelum itu. Hartanya semua disedekahkan. Hartanya dijual dan kemudian disedekahkan. Boon siew kawan baiknya selalu nak beri saya pertolongan tapi saya tak pernah terima kerana ini amanat ayahnya...

Kedua selepas spm ayahnya koyakkan sijil spmnya..saya belajar di UPM ustaz. Universiti Pasar Malam. Saya tak belajar universiti ustaz. Saya kerja sendiri..usaha dari 0. Semua kerja Allah..

Ayah tuan koyakkan sijil spm? Dia kata jangan terfikir nak kerja kerajaan dan bergantung pada sesiapa...

Benarlah hidup ini kena bergantung pada Allah. Dalam hadis ceritakan sesiapa yanh ditimpa kesusahan dan tak ceritakan pada sesiapa, Allah akan cukupkan rezeki buatnya setahun..sesiapa suka meminta-minta dia dibangkitkan dalam keadaan wajah dia buruk..bagi orang yang diberikan rezeki kena suka bantu orang dan jangan sampai ada orang meminta-minta..

Takutkan Allah sumber segala kebijaksanaan. Niatlah untuk redha Allah. Niat dakwah, niat menolong orang. Kerana tidak perlu sesiapa sakitkan hati kita. Hanya dengan niat yang salah amat menyakitkan kita dan memusnahkan kehidupan kita. REDHA ALLAH tujuan hidup ini.

Sumber fb ebit lew

No comments:

Post a Comment