Assalamualaikum..
Ni adalah entri pertama untuk 'Gula Garam Berniaga'. Mohon tunjuk ajar ya.
Hari ni dah 14 Syawal 1435H. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Walfaizin. Apabila dah beraya dikampung, warga kota pula akan beraya dibandar. Kebiasaanya mereka akan menghadiri rumah-rumah terbuka (open house) yang akan diadakan oleh jiran tetangga, kenalan & rakan sepejabat. Pasti tuan rumah akan menghidangkan juadah-juadah yang sedap. Antara menu yang popular ketika open house ni adalah masakan berasaskan mee, bihun & laksa. Jarang nak makan nasi ni. Tidak lupa juga yang bakar-bakar seperti satay, sosej & bermacam lagi.. Senang kata, hampir semuanya ada dan hampir setiap rumah, menunya akan sama.
Baru-baru ni, ada perasan di media sosial (facebook), bunga kantan tiba-tiba naik harga. BUNGA KANTAN NAIK HARGA??? Biar betul ni? Tanaman yang selama ni dipandang sepi oleh kebanyakkan isteri, sekarang ni mempunyai nilai harga yang begitu tinggi. WOW!!! Masyuk ni...
Saya pun terkena penangan laksa ni juga. Ketika dikampung pada permulaan Syawal, mama saya minta belikan bunga kantan. Katanya nak buat laksa untuk menjamu adik-beradik mama yang akan berkunjung ke rumah kami. Bermulalah pencarian BUNGA KANTAN ni.
Saya tinggal di kawasan kampung, Serkam Melaka. Pergi mencari disetiap kedai runcit (Wet) di kawasan Serkam. Tiada bunga kantan yang dijual. Habis. Ok la. Pergi ke IKS Pulai, pun tiada juga. Bergerak ke Pulai Pantai, tiada kedai runcit (Wet) ni. Berpindah pula ke Serkam Pantai, pun tiada juga. Emm mana nak cari ni. Plan dengan adik, kita ke Kg Sempang Pantai, kot-kot ada ke. Sampai ke Kg Sempang, kedai tidak buka. Mungkin tauke masih beraya lagi ni kata adik aku. Kami memandu ke pekan Merlimau pula. Destinasi pertama, pasaraya Sejati. Tengok setiap bakul yang ada sayur, emm hampeh. TIADA. Kemudian kami bergerak ke warung depan Balai Bomba. Dengan rasa malasnya, saya cuma tengok dari dalam kereta sahaja sebab dengan melihat dari luar sahaja pun, dah tau warung ni mesti kehabisan bunga kantan. Indicator nya, pada kebiasaanya, para kat warung tu penuh dengan sayur-sayur, buah pisang, kelapa. Ni yang tinggal cuma buah kelapa je. Seterusnya, aku ke pasar basah Merlimau. Tempat penduduk membeli barang-barang basah. Ada 6 kedai sayur kat pasar tu, satu pun tiada jual bunga kantan. WOW!!! Biar betul penangan laksa ni. Bincang dengan adik, kita pergi ke tempat yang terakhir sekali, iaitu pasaraya Fresco. Jika tiada, kita pulang. Maka betul jangkaan aku, TIADA BUNGA KANTAN ni.. Hebat betul penangan laksa di musim Raya ni. Pulang dengan tangan kosong, cerita kat mama apa yang berlaku. Mama kata, tak apa jika tiada bunga kantan tu. Fuuhhh nasib baik mama kata tak apa.
Apabila pulang ke kota, aku membuka media sosial & ada orang upload gambar bunga kantan ni. Sungguh tak percaya betul dengan harganya. Ini baru betul pengangan laksa!!!
No comments:
Post a Comment