Monday, 11 August 2014

[Terperangkap dalam Kelulusan Akademik]

[Terperangkap dalam Kelulusan Akademik]

by Ainon Mohd.

Orang Melayu sangat menyayangi ijazah mereka. Apabila anak mereka memiliki ijazah kejuruteraan, mereka menekan anak mereka supaya bekerja sebagai jurutera, atas alasan sayanglah kalau ijazah kejuruteraan itu tidak digunakan. Kata mereka, sia-sia sahaja belajar susah-susah sampai mendapat ijazah kejuruteraan, kalau ijazah itu tidak digunakan.
.
Ijazah, lain. Ilmu, lain.

Ijazah dilambangkan dengan sekeping kertas. Ilmu adalah apa yang ada di dalam kepala kita.

Jurutera yang tidak mahu menjadi jurutera memang seolah-olah dia telah mensia-siakan ijazah kejuruteraannya. Namun ilmu kejuruteraan yang dipelajarinya di universiti itu tetap dapat dimanfaatkan dalam bisnesnya!

Contoh: Puan Che'Pah Cutecakes memiliki ijazah dalam bidang senibina. Beliau sekarang menjalankan bises bakeri dan kedai kek. Apabila beliau membuat kek perkahwinan yang bertingkat-tingkat, beliau menggunakan ilmu senibinya bagi menghasilkan kek yang cantik, tinggi dan stabil binaannya.
.
Banyak orang muda Melayu juga sangat sayang ijazah mereka. Apabila mereka memulakan bisnes sendiri, mereka memilih bisnes berdasarkan kepandaian yang ada pada diri mereka.

Seandainya mereka memiliki ijazah undang-undang, mereka membuka firma guaman. Jika mereka memiliki ijazah kulinari, mereka membuka restoran. Jika mereka memiliki ijazah perubatan, mereka membuka klinik kesihatan.
.
Apabila kita memilih bisnes, pilih bisnes yang membolehkan kita menjadi kaya-raya. Bukan bisnes berdasarkan ijazah kita.

Seandainya ijazah kita membolehkan kita membuka bisnes yang dapat menjadikan kita kaya-raya, itu adalah bonus.

No comments:

Post a Comment