Wednesday, 20 August 2014

Strategi UpSell

Kepakaran rakan cina kita yang berniaga adalah "UpSell".

Apa itu 'Upsell' ? Anda pergi kedai mahu tukar tayar yang biasa sahaja, maksud "biasa" bagi ramai adalah yang paling murah. Dia pun recommend apa yang anda mahukan, kemudian dia akan cadangkan anda untuk guna "kualiti baik sikit" dan "tambah duit sikit"..... Anda pun setuju. Anda end-up pilih yang tinggi sikit harganya.
...
Ketika tayar dipasang, dia panggil anda untuk tengok masalah absorber atau spring tayar dan nasihatkan anda tukar baru sebab ia tidak boleh pakai lama. Memang dia tidak salah, dia hanya menunjukkan masalah yang memang ada yang anda tidak perasan, anda pun setuju.

Tiba-tiba dia tunjukkan juga brek yang tiris dan betapa bahayanya brek anda. Anda dah penat, anda tanya tak boleb pakai lama lagi? Dia jawab, bolehlah tapi bahaya ma.... Anda pun tanya berapa harga, dia beri harga dan beri diskaun dan and pun setuju. Itu namanya UpSell.

Dan tengah anda duduk tunggu pomen siapkan semua, anda terdengar dia jerit, ini sports rim kualiti dari Jepun ada offer 50%. Anda pergi tengok rim tersebut dan tiba-tiba anda balik dengan tayar baru serta rim baru.

Itu namanya UpSell. Adakah anda seorang yang berniaga? Anda patut belajar UpSell. Anda tidak paksa orang membeli, anda just beritahu atau tunjukkan apa lagi yang boleh dibeli. Anda cuba nak add more value atau bantu lebih banyak pelanggan anda untuk dapatkan nilai yang lebih baik.


sumber:fb

No comments:

Post a Comment