Monday, 11 August 2014

Tip Membeli Kereta Mahal


Dari ABS: Tip Membeli Kereta Mahal

Banyak peniaga Melayu menggunakan duit syarikat bagi membeli kereta mahal bagi kegunaan peribadinya.

Banyak orang menyangka kereta adalah aset bisnes. Mereka sangka dengan memandu kereta mahal, barulah orang percaya kita bisnesman yang berjaya, barulah mudah menjalankan bisnes, dan bisnes akan untung lebih banyak.

.

Sesuatu benda itu menjadi aset atau 'harta' syarikat hanya apabila benda itu mendatangkan duit.

Jika syarikat membeli kereta untuk disewakan, maka kereta itu mendatangkan duit, maka ia adalah aset. Ini berlaku kepada syarikat car rental umpamanya.

Apabila benda itu menyebabkan duit keluar, maka benda itu adalah liabiliti atau 'tanggungan' syarikat.

.

Aset adalah benda yang makin lama harganya makin naik. Sebagai contoh apabila syarikat membeli bangunan rumah kedai, harga bangunan itu makin hari makin naik. Jadi bangunan rumah kedai itu adalah aset syarikat. Hasilnya syarikat kita makin hari makin kaya.

.

Kereta adalah liabiliti apabila:

+ Kereta itu menyebabkan duit syarikat mengalir keluar. Makin hari duit syarikat makin berkurangan. Semakin lama usia kereta itu, semakin banyak duit syarikat yang mengalir keluar untuk kos menjaganya.

+ Nilai $$$ kereta itu makin hari makin turun.

No comments:

Post a Comment