Secara umumnya ada 2 jenis pelabur baru.
1) Individu yang memang berduit
Individu ini ada pelbagai latar belakang. Selalunya usia mereka lebih berumur. Antara mereka yang termasuk dalam kategori ini adalah.
+ Golongan professional yang hanya menyimpan duit di bank.
+ Ibu-ibu yang baru sahaja kehilangan suami, dan suami pula meninggalkan sejumlah harta yang banyak.
+ Golongan wanita professional bekerjaya yang juga mempunyai suami yang bekerjaya.
+ Ibu-ibu yang baru sahaja kehilangan suami, dan suami pula meninggalkan sejumlah harta yang banyak.
+ Golongan wanita professional bekerjaya yang juga mempunyai suami yang bekerjaya.
Selalunya individu sebegini berusia lebih 35 tahun. Jadi mereka perlu mendapatkan bantuan profesional kerana masa tidak menyebelahi mereka. Takde masa nak cuba macam-macam.
2) Individu yang masih kurang duitnya
Mereka mempunyai kesedaran melabur dari muda. Dari zaman belajar, semasa belajar atau ketika baru sahaja memulakan kerjaya.
Namun mereka tidak mempunyai modal yang cukup di tangan.
Kelebihan individu dalam kelompok ini adalah mereka mempunyai masa untuk membuat style pelaburan Do-It-Yourself (DIY).
Bermodalkan RM 3,000 mereka dapat menjadikannya sebagai yuran persekolahan pelaburan dalam pelbagai bidang pelaburan sebelum menetapkan 1 bidang fokus.
.
.
Mengikut John Templeton:
"Masa yang paling sesuai melabur adalah ketika tuan ada duit,"
Tak perlu tunggu ekonomi jatuh. Tak perlu tunggu ekonomi naik. Tak perlu tunggu dah berkahwin. Tak perlu tunggu dapat anak. Apatah lagi tunggu esok nak pencen baru nak melabur.
Yang penting, simpan duit banyak-banyak, dan ambil sedikit dari simpanan untuk mula belajar melabur.
.
.
Sila klik link di bawah untuk membaca tips-tips menguruskan duit gaji setiap bulan seterusnya menyediakan simpanan untuk melabur:
No comments:
Post a Comment