Soalan:
Saya sudah bulat hati untuk berhenti kerja. Saya sudah lama mengusahakan perniagaan secara sambilan. Syukur, pulangannya baik setakat ini.
Saya jangka untuk enam hingga 12 bulan akan datang ianya masih baik berdasarkan permintaan dan tempahan yang diterima.
Untuk pengetahuan tuan, saya telah membuat simpanan, membuat perlindungan takaful untuk diri dan keluarga. Tetapi hati saya sangat takut.
Saya tidak berani lagi untuk menyerahkan surat berhenti kerja yang sudah saya siapkan ini. Apa lagi tuan yang perlu saya sediakan?
Jawapan:
Keusahawanan memang bukan untuk semua orang.
Ianya dunia misteri macam hutan belantara yang gelap gelita.
Orang bisnes sahaja faham perkara ini.
Mungkin tuan boleh pertimbangkan perkara berikut :
- Teruskan sahaja bekerja dan membuat bisnes secara sambilan yang berkenaan. Tuan sudah ada dua pendapatan yang baik. Dengan tuan bekerja, tuan senang hati dan tidak tertekan lagi.
- Dengan pendapatan tuan yang berganda itu, belajar buat pelaburan. Kelak tuan punya pendapatan aktif dan pasif yang kukuh. Orang kita kata, buat harta.
- Jika tuan tetap juga hendak berhenti kerja, tuan siapkan jawapan yang mantap berkenaan soalan ini, MENGAPA sebenarnya tuan mahu berhenti kerja? Jawapan soalan itu adalah harapan.
- Harapan adalah ubat ketakutan. Tulis dan kongsikan kepada seseorang yang rapat dengan tuan.
- Tuan luangkan banyak masa dengan 'social circle' yang baru. 'Circle' makan gaji tuan tidak banyak membantu menambah keyakinan tuan untuk bertindak.
- Tuan sudah ada simpanan, sudah ada perlindungan.Andaian saya tuan juga telah mengurus semua tanggungjawab dan hutang dengan baik.Tuan juga telah faham selok belok bidang yang tuan berniaga dengan agak lama.Dapatkan sokongan keluarga.Berhenti dan tawakal. Buat bisnes betul-betul!
- Masih lagi ragu? Tuan berhenti di langkah pertama dan kedua sahaja, bekerja sahajalah.Bisnes memang bukan untuk semua orang. Tuan masih boleh bebas kewangan dengan bekerja.Percayalah. Jalan terus!
- Sumber The Vocket